Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an. Fibroid boleh membesar dari beberapa sentimeter sehingga 15 cm diameter. Kedudukan fibroid boleh berada di dalam dinding rahim (intramural), berada di luar rahim (subserol) atau berada di dalam rongga rahim (submusocal).
Fibroid bagaikan sudah menjadi lumrah bagi wanita, biarpun tidak berbahaya namun risikonya tetap ada. Ramai wanita tidak menyedari bahawa mereka telah "mengandungkan" fibroid di dalam rahimnya kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau gangguan kesihatan. Hasil laporan bedah siasat yang telah dijalankan ke atas wanita yang sudah meninggal dunia, lebih 20 peratus daripada mayat-mayat itu didapati mempunyai ketumbuhan fibroid.
Dr Salleh Mohd Yatim, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi Kuala Lumpur memberitahu wanita tidak perlu bimbang kecuali ia mendatangkan masalah kepada mereka. Walaubagaimanapon, sekiranya ia memberi masalah mereka perlulah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Fibroid berlaku biasanya dikaitkan dengan kombinasi beberapa faktor termasuk genetik, hormon dan faktor persekitaran. Tanda-tanda lazim fibroid adalah seperti berikut;
- Aliran haid yang banyak disebabkan luas permukaan yang besar, pertambahan saluran dan kelemahan sistem pembekuan darah.
- Ketidakselesaan di bahagian pelvik adalah disebabkan tekanan terhadap uterus disebabkan oleh fibroid yang sedang membesar
- Berasa senak di bahagian abdomen atau kadang kala dipanggil tekanan pelvik
- Sakit di bahagian bawah belakang disebabkan oleh tekanan di bahagian belakang yang disebabkan fibroid
- Kerap keguguran disebabkan kesukaran embrio untuk menempel dan pengecutan uterus
- Bersalin lebih awal dari jangkaan kerana fibroid menolak kandungan ke bawah
- Kerap membuang air kencing kerana fibroid menekan pundi kencing
- Sakit ketika melakukan hubungan seks
Tidak semua kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang gejala atau masalah, dan jika ketumbuhan itu kecil sahaja. Rawatan khusus bagi fibroid terutamanya yang besar dan menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan perkumuhan ataupun menyebabkan rahim jatuh ke bawah ialah pembedahan.
Selain pembedahan, pengambilan suplement yang baik juga mampu memberi harapan kepada penyembuhan kepada masalah fibroid ini. Anda boleh mencuba Double Stemcell samaada sebagai ikhtiar mengelakkan penyakit dan juga sebagai ikhtiar merawat ketumbuhan fibroid ini.
Testimoni rawatan fibroid dengan Double Stemcell;
Keterangan lanjut, call/sms/whatsapp: 016 442 3852 (miza).







